10 Petanda Si Dia Tak Serius Denganmu

1. Setiap kali si dia menjawab panggilan dari kamu pasti dia akan merengus dan berkata, "Huh, apa hal? Kalau tak penting sangat tak payah la call!".

2. Dia akui mempunyai tabiat buruk iaitu cepat lupa dengan perkara remeh. Contohnya, nama kamu. Teruk betul.

3. Apabila bertemu, si dia akan bertanya khabar namun belum pun sempat kamu nak menjawab soalannya, dia dah sumbat telinganya dengan earphone iPod.

4. Kalian memesan makanan dan si dia mengingatkan kamu untuk bayar bil di restoran segera secara berasingan.

5. Jarang benar si dia menghubungi kamu. Harapkan SMS sajalah. Itupun selepas setengah malam - kalau dia ingat.

6. Si dia selalu mengacah nak menduakan kamu dengan teman karibmu yang cantik bagaikan seorang model itu.

7. Si dia memutuskan hubungan sebaik sahaja kamu berdua menyambut hari lahirmu atau hari kekasih. Malah, siap pesan denganmu supaya jangan bersedih pula.

8. Setiap kali diajak keluar, pelbagai alasan diberikan oleh si dia. Antaranya, dia terpaksa bekerja hingga lewat malam.

9. Si dia terlampau mengagumi dan mengetahui secara mendalam latar belakang jurulatih gimnya yang juga seorang lelaki. Patutlah excited sangat pergi gym setiap hari.

10. Mukanya berubah masam jika terserempak dengan kamu. Kadang² boleh menyorok pula kalau kamu tak perasan kelibatnya.

0 comments:

Post a Comment